Thursday 14 March 2013

Mulut tu jangan celupar sangat Tian Chua!!!

Sandiwara Lahad Datu: Tian Chua berdepan hukuman penjara 3 tahun jika bersalah...       tian-sandiwara513                                                                          Sendiri bikin....sendiri mau mau ingat.Gara-gara mulut celuparnya dakwa insiden Lahad Datu satu sandiwara UMNO,Naib Presiden PKR Tian Chua didakwa dibawah Akta Hasutan yang boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

Dakwannya yang cetuskan kemarahan rakyat berbagai lapisan kaum seluruh negara kerana dianggap cuba perlekeh perjuangan pasukan keselamatan kita dan fitnah kerajaan tertera dalam kenyataanya di akhbar rasmi PKR,Keadilan Daily 1 Mac lalu.

Tian Chua tiba di komplek Mahkamah Jalan Duta pada jam 9 pagi ditemani sekitar 15 penyokongnya.

Ahli Parlimen kawasan Batu,Kuala Lumpur itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen.Beliau didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b)  Akta Hasutan 1948.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat.

Empat kenyataan itu ialah:

*Serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat;

*Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO;

*Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan

*Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, di Kuala Lumpur pukul 11 pagi, 1 Mac lepas.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tak lebih 3 tahun atau keduanya.

Sejurus pertuduhan dibacakan,Tian Chua dakwa pertuduhan ini bermotif politik untuk cemar nama baiknya.

Hakim Sekeri telah tetapkan 12 April tarikh sebutan kes.

Beliau mengenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum itu peguamnya telah cuba pertikai pengunaan Akta  Hasutan gun alasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum pad 11 Jilai 2012 bahawa kerajaan akan mansuhkan akta itu.

Hakim Sekari menolaknya kerana setakat ini akta berkenaan belum dimansuhkan dan ia tetap sah dan boleh digunapakai.

Selain pertuduhan ini,Tian Chua juga berdepan dengan tindakan dari UMNO Malaysia yang pada 4 Mac kemuka tuntutan tarik balik kenyataan fitnah itu atau disaman.-14/3/2013 - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

Sumber: http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/sandiwara-lahad-datu-tian-chua-berdepan-hukuman-penjara-3-tahun-jika-bersalah.html

No comments:

Post a Comment