Thursday 14 March 2013

Mulut tu jangan celupar sangat Tian Chua!!!

Sandiwara Lahad Datu: Tian Chua berdepan hukuman penjara 3 tahun jika bersalah...       tian-sandiwara513                                                                          Sendiri bikin....sendiri mau mau ingat.Gara-gara mulut celuparnya dakwa insiden Lahad Datu satu sandiwara UMNO,Naib Presiden PKR Tian Chua didakwa dibawah Akta Hasutan yang boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

Dakwannya yang cetuskan kemarahan rakyat berbagai lapisan kaum seluruh negara kerana dianggap cuba perlekeh perjuangan pasukan keselamatan kita dan fitnah kerajaan tertera dalam kenyataanya di akhbar rasmi PKR,Keadilan Daily 1 Mac lalu.

Tian Chua tiba di komplek Mahkamah Jalan Duta pada jam 9 pagi ditemani sekitar 15 penyokongnya.

Ahli Parlimen kawasan Batu,Kuala Lumpur itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen.Beliau didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b)  Akta Hasutan 1948.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat.

Empat kenyataan itu ialah:

*Serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat;

*Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO;

*Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan

*Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, di Kuala Lumpur pukul 11 pagi, 1 Mac lepas.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tak lebih 3 tahun atau keduanya.

Sejurus pertuduhan dibacakan,Tian Chua dakwa pertuduhan ini bermotif politik untuk cemar nama baiknya.

Hakim Sekeri telah tetapkan 12 April tarikh sebutan kes.

Beliau mengenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum itu peguamnya telah cuba pertikai pengunaan Akta  Hasutan gun alasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum pad 11 Jilai 2012 bahawa kerajaan akan mansuhkan akta itu.

Hakim Sekari menolaknya kerana setakat ini akta berkenaan belum dimansuhkan dan ia tetap sah dan boleh digunapakai.

Selain pertuduhan ini,Tian Chua juga berdepan dengan tindakan dari UMNO Malaysia yang pada 4 Mac kemuka tuntutan tarik balik kenyataan fitnah itu atau disaman.-14/3/2013 - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

Sumber: http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/sandiwara-lahad-datu-tian-chua-berdepan-hukuman-penjara-3-tahun-jika-bersalah.html

Wednesday 13 March 2013

INFO: PENAMBAHBAIKAN PROSES PILIHAN RAYA

Pendrive macam ni pun ada ka???



 Pen Drives Go Crazy 
Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Visit Us @ www.Fropki.com

Kenapa Anuwar Takut dan Selalu Kontoi???

LAKNAT SUMPAH SAIFUL!

(Dulu dan Sekarang:
Moga ALLAH memberikan Saiful kekuatan Nabi Ibrahim berdepan dengan fitnah bapanya Azar)

Salam 2 all.

Videoklip diatas adalah footage sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan pada hari Jumaat 14 Sya'ban 1429 bersamaan 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Lafaz sumpah itu adalah saperti berikut:

"Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Dato' Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya kedalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap ALLAH swt dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH swt sehingga ke kiamat".

Lafaz sumpah laknat itu disaksikan oleh Imam Masjid Wilayah Ustaz Romlan Porigi. Turut hadir menemani Saiful dengan baju Melayu muda bersamping kotak ialah ayah Saiful sendiri Azlan Mohd. Lazim. Selepas mendengar dengan setia lafaz sumpah laknat itu, Azlan Mohd. Lazim bersalaman dengan anaknya Saiful, kemudian memeluk Saiful dengan penuh erat tanda sokongan dan keredhaan!

Hampir lima tahun berlalu! Tau-tau  hari Jumaat 08 Mac 2008, genap 5 tahun PRU 12, Azlan Mohd. Lazim membuat kenyataan menyatakan bahawa "saya percaya anak saya Saiful telah dipergunakan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk pegawai khas YAB PM Khairil Annas Jusoh. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya".

Azlan seterusnya membuat permohonan maaf kepada Anwar Ibrahim. Agak memusykilkan kerana sidang media Azlan hanya dihadiri media pro-pembangkang. Media arus perdana langsung tidak kelihatan. Mengikut maklumat yang diberi, media arus perdana tidak dijemput.

Dan bertambah menimbulkan persoalan ialah kehadiran orang kanan Anwar iaitu Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen PKR (Sg. Petani). Apatah lagi kenyataan Azlan Mohd. Lazim dibuat setelah hampir 5 tahun berlalu, dan dibuat dalam keadaan PRU 13 sudah begitu hampir.

Dalam keadaan negara berdepan dengan kemelut pencerobohan dan serangan penjenayah Kiram III daripada Filipina sehingga melakukan pembunuhan kejam terhadap pasukan keselamatan Malaysia, dan pencerobohan itu dikaitkan dengan pimpinan pembangkang Malaysia saperti yang didedahkan oleh media Filipina sendiri.

Adakah kenyataan Azlan dibuat untuk menutup isu pengkhianatan pimpinan pembangkang ini adalah suatu persoalan yang perlu dinilai oleh rakyat Malaysia sendiri?

Dan kemungkinan isu ini semua dijadikan bahan politik bertambah terserlah apabila Azlan Mohd. Lazim membuat kenyataan di Ibu Pejabat PKR di Tropicana mengumumkan penyertaan ke PKR sebentar tadi.

Sidang media yang dihadiri oleh pimpinan pembangkang Lajim Ukin, Khalid Samud, Joharu Abdul turut dpersaksikan oleh Saifuddin Nasition Ismail yang menerima borang penyertaan Azlan dan memakaikan jaket PKR kepada Azlan tanda simbolik penyertaan Azlan ke PKR.

Teman tidak berminat untuk menilai isu ini dari segi politiking nya walaupun makin hari makin terserlah isu ini menjadi bahan politik yang begitu hebat diputar-pusing oleh pembangkang serta media cyber mereka.



Apa yang ingin teman lontarkan disini ialah:

1. mengapa Azlan Mohd. Lazim, dengan pengetahuan penuh anaknya Saiful Bukhari akan membuat sumpah laknat membenarkan fakta Anar Ibrahim telah meliwat dia, membenarkan, meredhai, bersetuju atau membiarkan Saiful berbuat sedemikian.

2. Jika benar dakwaan Azlan beliau memang tidak percaya Anwar meliwat anaknya sejak dahulu, bukankah tanggungjawab Azlan sebagai bapa sepatutnya menghalang Saiful daripada melakukan sumpah laknat itu? Atau sekurang-kurangnya tidak hadir tanda protes? Bukan sahaja beliau tidak halang, malah perlakuan Azlan hari itu (sila lihat footage diatas) menunjukkan dengan jelas beliau redha dan bersetuju dengan tindakan Saiful! Malah Saiful selepas daripada itu telah melakukan sekali lagi sumpah laknat dihadapan Baitullah di Masjidil Haram!

3. Mengapa Azlan memilih untuk membisu sebegitu lama, hampir 5 tahun? Tau-tau dekat PRU-13 bukan sahaja beliau membuat kenyataan yang jelas bercanggah, malah mengkhianati sumpah laknat anaknya sendiri, tetapi mengisytiharkan pula untuk menyertai PKR pimpinan manusia dajal yang meliwat anaknya sendiri!

Saiful Bukhori dengan tangkas dan segera membuat kenyataan media dihari yang sama Jumaat 08 Mac menafikan kenyataan ayahnya, dan memberi amaran kepada Anwar supaya jangan memperkeldaikan ahli keluarganya demi mengejar nafsu politik mahu ke Putrajaya.Saiful tegas istiqomah dengan sumpah laknat yang dibuatnya pada 15.08.2008 bahawa Anwar telah meliwatnya pada 26.06.2008!

Kenyataan segera Saiful telah berjaya meredakan keadan dan merungkai kekeliruan yang timbul dikalangan orang ramai hasil tindakan drastik ayahnya. Teman angkat tabik kepada Saiful atas kecekalan dan semangat juang yang begitu tinggi untuk berdepan dengan segala mehnah dan dugaan berat ini.

Semoga ALLAH memberikan Saiful kekuatan istiqomah Nabi Ibrahim as yang terpaksa berdepan dengan fitnah angkara Azar ayahnya sendiri!

Apapun, teman cadangkan kepada Azlan Mohd. Lazim supaya mengambil tindakan berikut untuk menyelesaikan kemelut yang timbul daripada isu ini:

1. teman desak supaya Azlan Mohd. Lazim mengambil ujian poligrafi untuk menentukan samada beliau bercakap benar atau tidak. Pasukan Forensik Malaysia mempunyai kepakaran melakukan ujian ini. Jika Azlan tidak mempercayai PDRM, teman cadangkan beliau panggil pakar poligrafi yang beliau percayai untuk melakukan ujian tersebut dengan dipersaksikan oleh peguam beliau dan peguam Saiful. Teman yakin ujian poligrafi boleh merungkai permasalahan ini!

2. teman juga mendesak Azlan supaya mengangkat sumpah laknat sebagaimana yang dilakukan oleh Saiful sendiri. Lafaznya mesti menepati kehendak syara', contohnya "Wallahi, Watallahi, Wabillahi, saya Azlan Mohd Lazim dengan ini bersumpah bahawa anak saya Saiful Bukhari Azlan telah dpergunakan oleh pihak tertentu termasuk Khairil Annas Jusoh yang merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Bin Ibrahim yang melibatkan Saiful. Dan saya bersumpah bahawa anak saya Saiful Bukhori Azlan sebenarnya tidak diliwat oleh Anwar Ibrahim saperti sumpah yang dibuat oleh anak saya pada 15.08.2008. Jika saya berdusta atau berbohong atas sumpah ini maka laknat ALLAH keatas saya dunia dan akhirat".

Azlan boleh memilih untuk mengangkat sumpah itu dimana sahaja dan dihadapan sesiapa pun, syaratnya ia mesti dibuat mengiktu kehendak syara' dan ditempat terbuka yang boleh dipersaksikan dan didengar oleh umat Islam sebagaimana yang dibuat oleh Saiful pada 15.08.2008.

3. teman juga mendesak Azlan Mohd. Lazim supaya berjumpa sendiri dengan anaknya Saiful Bukhari dan menyatakan secara berhadapan bahawa Saiful telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memfitnah Anwar Bin Ibrahim meliwatnya. Biarlah Azlan berlaku adil kepada anaknya Saiful. Kalau semasa Saiful bersumpah laknat di boleh bersama dengan Saiful, mengapa Azlan tidak boleh berhadapan dengan Saiful untuk menyatakan beliau percaya Anwar difitnah meliwat Saiful;

Dan kepada para anwarinas dan pasrasit yang sedang seronok bertakbeer sakan meraikan kenyataan Azlan Mohd. Lazim dan penyertaan beliau ke PKR, ingat balik maki-hamun kaum mike selepas Azlan Mohd. Lazim bersama anaknya Saiful dalam membuat sumpah laknat pada 15 Ogos 2008.

Kalau mike lupa, teman nak ingatkan semula antara komen dan kenyataan yang pernah dibuat terhadap Azlan Mohd. Lazim yang kini menjadi manusia sanjungan mike saperti berikut:

"Azlan Mohd. Lazim bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di Hotel Merlin Inn Johor Bharu. Kemudian berhenti kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.

Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam beberapa buah filem Melayu dan drama.

Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian itu berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.

Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insurans AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati.

Halina kemudiannya berkahwin dengan seorang duda bernama Haris.

Halina meninggal dunia beberapa tahun lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat barah payudara. Ketika itu Saiful menuntut di Uniten.

Kos rawatan perubatan Halina dibiayai melalui polisi insuransnya, begitu juga rumah mereka yang berlamat di No. 78, Jalan 7/6, Bandar Utama Damansara, PJ".*

Kepada rakyat Malaysia, lihatlah bagaimana ALLAH semakin hari semakin membuka pekung pakatan DAP-PKR-PAS ini. Lihat bagaimana politik cakap tak serupa bikin, politik putar belit yang mereka amalkan.

Inilah kaum yang sama pada 25 Dis 2012 dan 08 Jan 2013 menyatakan kristian boleh mengguna kalimah ALLAH, tak berapa hari selepas itu setelah umat Melayu-Islam membuat bantahan keras, mereka membuat u-turn pada 13.01.2013 menyatakan kristian tidak boleh kalimah ALLAH!

Kalau Tuhan mereka pun mereka boleh permainkan dan politikkan, apatah lagi perkara lain! Fikirkanlah! ALLAH memberikan kita otak bukan untuk dibuat sup, tetapi untuk berfikir! 

Adakah mereka sudah terkena laknat sumpah Saiful Bukhori? Tepuklah dada, tanyalah iman masing-masing! 
Yang baik dan yang benar datangnya daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH berikan kita petunjuk dan hidayah untuk melalui kehidupan yang makin penuh mehnah dan fitnah ini. Ameen!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
28 Rabi'ul Akhir 1434
11 Mac 2013

Dedikasi khas buat perajurit di Lahad Datu



DARAH SATRIA
Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah…
Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga
Dengan… sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..(2x)…berkobar didada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…
Dengan… sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..(2x)…berkobar didada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…
Darah satria..(2x)

Senarai perajurit-perajurit yang terkorban memperjuangkan negara...



Berikut senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran/kemalangan dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah :

1 Mac 2013 - Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29dari Pasukan Polis Komando VAT 69

1 Mac 2013 - Sarjan Sabaruddin Daud, 46dari Pasukan Komando VAT 69

2 Mac 2013 - Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52dari Cawangan Khas Bukit Aman.

2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

2 Mac 2013 - Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 - Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 - Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

2 Mac 2013 - Koperal Salam Tugiran, 42dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24dari Batalion 7 RAMD Tawau.

12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21 (kemalangan), dari Batalion 3 RAMD Kota Kinabalu.
Sumber: http://naimqlate.blogspot.com/2013/03/senarai-anggota-keselamatan-terkorban.html